Lelaki terperangkap, kereta terbabas ke dalam longkang di Miri

Mangsa dikeluarkan oleh anggota Bomba.
Advertisement

MIRI, 14 Jab: Seorang lelaki terperangkap di dalam kenderaannya yang dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di Jalan Friendship, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.48 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral terus ke lokasi kejadian selepas itu.

Advertisement

“Sampai di lokasi kejadian, mendapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah pacuan empat roda dan semasa size up dilakukan mendapati terdapat seorang mangsa lelaki (pemandu) terperangkap dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa dan kemudian diserahkan kepada pihak KKM selepas diberikan rawatan kecemasan oleh anggota EMRS Bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahaman kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu dari arah pusat bandar menuju ke Jalan Airport itu telah hilang kawalan dan terjunam ke dalam longkang.

Mangsa dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan. — DayakDaily

Advertisement