Lelaki temui ajal dalam nahas jalan raya

Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BINTULU, Mei 27: Seorang lelaki menemui ajal selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan di KM78, Jalan Bintulu-Miri di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu, mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Chong Yen Kheong, 54.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.01 petang.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Samalaju kemudian bergegas tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba kemalangan itu melibatkan sebuah Toyota Hilux dan mendapati mangsa dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada pukul 4.55 petang selepas mangsa dibawa ke hospital,” katanya. — DayakDaily

Advertisement