Lelaki pukul kenalan dengan kayu ditahan

Suspek (tiga dari kiri) ditahan untuk siasatan

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Feb: Tindakan seorang lelaki berusia 47 tahun memukul kenalannya dalam satu pertelingkahan tengahari Isnin (22 Feb) menggunakan sebatang kayu, membawa padah apabila dia ditahan pihak polis untuk siasatan.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) pada hari yang sama sekitar jam 5.45 petang susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa lelaki berusia 32 tahun itu.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek ditahan di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Kwang Tung dalam keadaan bersembunyi di bawah katil.

Difahamkan suspek pada mulanya telah bertindak agresif terhadap anggota polis yang datang, malah bertindak kasar terhadap anggota JSJ Miri.

Namun, suspek akhirnya berjaya diberkas dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Kesesaksaan.

Siasatan awal mendapati , suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kesalaham melibatkan penyalahgunaan dadah. — DayakDaily