Lelaki ‘prank’ anggota polis semasa menghantar kek, ditangkap di Tapah

PDRM logo

KUCHING, 20 Feb: Gurauan atau ‘prank’ yang dilakukan oleh seorang lelaki membawa padah apabila tindakannya yang konon ingin menangkap seorang anggota polis menyebabkan dirinya sendiri yang ditangkap.

Kejadian dilaporkan berlaku di Balai Polis Tapah di sini apabila suspek berusia 36 tahun semasa kejadian pergi ke balai polis tersebut untuk menghantar kek.

Suspek dikatakan mulanya memperkenalkan diri sebagai anggota polis yang bertugas di Bukit Aman dan tujuan kehadirannya adalah untuk menangkap seorang anggota polis di balai tersebut.


Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan tangkapan tersebut memberitahu suspek kemudian pergi ke keretanya dan masuk semula ke dalam balai dengan membawa kek dan menjelaskan ia hanyalah ‘prank’.

Kek tersebut ditempah untuk dihantar kepada anggota yang kononnya hendak ditangkap pada awal tadi.

Bagaimanapun, ‘prank’ tersebut mendapat teguran daripada anggota polis lain dan apabila ditanya semula, suspek tetap mengaku dirinya anggota polis yang bertugas di Kuching.

Anggota polis bertugas kemudian terus memeriksa dokumen peribadi suspek dan didapati dia bukan anggota polis seperti yang didakwa.

Susulan itu, suspek kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut dk bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. — DayakDaily