Lelaki nyaris lemas di Batang Lupar, Sri Aman

Mangsa ditenangkan oleh ahli keluarga.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

SRI AMAN, 22 Julai: Seorang lelaki nyaris lemas di Batang Lupar di Tebingan Sri Aman di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1 pagi.

Advertisement

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa dan dia telah diselamatkan oleh ahli keluarganya serta orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian ditenangkan ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah mendapati keadaan selamat, pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai. — DayakDaily

Advertisement