Lelaki meninggal dunia selepas terlibat kemalangan di Bau

Lokasi kemalangan.

BAU, 9 Mei: Seorang lelaki meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 14.5 Jalan Bau-Batu Kawa hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Bingkok John berkata mangsa, 39, dari Kampung Rayu Melayu semasa kejadian memandu sebuah kereta jenis Perodua Kenari.

Katanya, mangsa terlibat kemalangan membabitkan sebuah bas iaitu sekitar jam 10.40 pagi.


“Mangsa dikatakan keluar dari simpang Musi dan telah berlanggar dengan sebuah bas yang bergerak lurus dari arah Kuching menuju ke Lundu.

“Akibat kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan patah kedua-dua tulang rusuk, pendarahan dalaman dalam perut.

“Ekoran itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Bau untuk menerima rawatan, namun telah disahkan meninggal dunia pada jam 1.06 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala pemandu bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily