Lelaki mengamok di tengah Jalan Persisir Pantai Miri

Kelihatan suspek amok yang ditahan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Sept: Dipercayai ‘lalok’ bahan terlarang jenis syabu, seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas mengamok di tengah-tengah Jalan Persisir Pantai Miri sambil memegang sebatang tombak sawit dan sebilah parang pagi ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu berdekatan Kampung Terahad, suspek berusia 35 tahun itu kelihatan berjalan sambil menghayunkan tombak sawit dan parang ke arah pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.


Tiga kenderaan termasuk sebuah lori mengalami kerosakkan dalam kejadian.

Suspek berjaya ditahan sekitar jam 11.20 pagi dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. ā€” DayakDaily