Lelaki maut, rempuh belakang lori

Keadaan motosikal mangsa yang melanggar belakang lori tersebut.

BETONG, Nov 5: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Padeh, di sini semalam.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Kampung Munggu Ai, Simunjan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Hospital Betong.


“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.45 petang apabila mangsa yang menunggang sebuah motosikal telah melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan dipercayai rosak ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah di bawa ke rumah mayat Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

Manakala motosikal dan lori dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily