Lelaki maut, kereta terputus dua di Jalan Bako

Bahagian belakang kereta tersebut yang terputus dua.

KUCHING, 20 Ogos: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Bako, di sini yang turut menyebabkan keretanya terputus dua hari ini.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada jam 2.25 pagi tadi.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Sabrey, 30 tahun dan berasal dari Kampung Bako.


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut.

“Kemalangan berlaku apabila kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily