Lelaki maut dengan 43 kesan tembakan peluru penabur di Bau

Composite picture related to the case.

BAU, 18 Feb: Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan semasa memburu di berdekatan Sungai Boyuh, Kampung Jugan, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kematian mangsa berusia 49 tahun itu daripada pihak hospital pada 11.45 malam 16 Februari baru-baru ini.

Katanya, pada 17 Februari, pihak polis telah bertindak menahan adik dan abang mangsa berusia 40 dan 50 tahun untuk membantu siasatan.


“Pihak polis turut merampas dua laras senapang patah buatan sendiri, satu selongsong peluru dan sejumlah peluru hidup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dengan 43 kesan tembakan peluru penabur di hadapan badan serta sedikit di tangan dan paha.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa segaja. — DayakDaily