Lelaki maut dalam kemalangan di Bintulu

Kereta tersebut melanggar pokok.

BINTULU, 8 Julai: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Johari Sunam, di sini sekitar jam 7.53 pagi hari ini.

Menurut Facebook PDRM Bintulu, mangsa, 46 tahun semasa kejadian dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Taman Golden Villa, Jalan Sebiew.

Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tengah pembahagi jalan lalu melanggar pokok di pembahagi jalan.


“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekiranya ada mana-mana pihak atau saksi kejadian boleh tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lydia Allan di talian 010-9007791. — DayakDaily