Lelaki maut, berlanggar dengan lori di Jalan Bintulu-Tatau

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BINTULU, 30 Sept: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di KM22, Jalan Bintulu-Tatau, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Bartholomew Umpit berkata, mangsa semasa kejadian dikatakan dari arah Bintulu ke Tatau.

Katanya, mangsa bertembung dengan lori berkenaan yang datang dari arah bertentangan dan telah mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubunhi Pengawai Penyiasat Inspektor Jeffery Jembol di talian 010-9007791 atau Balai Polis Trafik Bintulu 086-338575. — DayakDaily