Lelaki keluar cari ketam dilaporkan hilang

Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari mangsa.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 11: Seorang lelaki dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas keluar menangkap ketam di sungai berhampiran Jalan Diplomatik di sini sejak Isnin lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Tan Min Chai berkata, pihaknya hanya menerima panggilan mengenai kes berkenaan pada pukul 8.10 pagi tadi.


Jelasnya, menurut isteri mangsa, suaminya yang dikenali sebagai Wan Kamaruddin Wan Mohammad, 30, telah keluar menangkap ketam pada Julai 8 lepas.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak pulang ke kediaman mereka sebelum dia membuat laporan polis.

“Seramai 11 anggota bomba kini berada di tebingan sungai kawasan berpaya di lokasi tersebut bagi melakukan operasi mengesan mangsa,” kata Tan di sini hari ini.

Beliau menambah, maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa. — DayakDaily