Lelaki hilang semasa menjala ditemui mati

Mayat mangsa dijumpai terapung 800 meter dari PKB dibawa ke darat.

BELAGA, 14 Mac: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 10 Mac lalu ditemui mati petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 800 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) iaitu anggaran 300 meter dari lokasi perahu mangsa dijumpai.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bertindak membawa mayat mangsa ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dikenali sebagai Leonard Siki Anthony Wini, 29 tahun dikatakan hilang semasa menjala ikan bersama rakan-rakannya.

Mangsa disedari hilang apabila tidak pulang-pulang dan usaha mencarinya telah dilakukan di sekitar kawasan sungai tersebut namun gagal dijumpai.

Operasi SAR terus dilancarkan selepas laporan polis dibuat oleh rakan mangsa sehingga mayat mangsa dijumpai semalam. — DayakDaily