Oleh Dean Adam
KUCHING, April 30: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun di Kampung Sejijak sejak semalam ditemui selamat hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Chai Shong Meau, 60, ditemui selamat apabila balik ke rumah sendiri pada pukul 8.30 pagi.
Katanya, setiba pasukan penyelamat di lokasi, mangsa dilaporkan telah balik sendiri ke rumah dalam keadaan selamat.
“Unit EMRS bomba kemudian menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas mangsa.
“Selepas mendapati mangsa dalam keadaan baik, pasukan bomba kemudian balik semula ke balai,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap sama menambah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua ditamatkan pada pukul 9.33 pagi. ā DayakDaily