Lelaki hilang ditemui mati lemas

Pasukan keselamatan mengangkat mayat mangsa.

Oleh Dean Adam

TATAU, April 24: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui mati lemas di sungai berdekatan Jambatan Kuala Tatau di sini hari ini.

Mangsa, Zainudin Lili, 46, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11.30 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa ditemui di dasar sungai pada jarak 2 kilometer dari Jambatan Kuala Tatau.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti LKIM Kuala Tatau untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. ā€” DayakDaily