Lelaki hilang di Ladang Sawit Zumida masih gagal dikesan

Pasukan SAR sedang melakukan operasi mencari mangsa.

Oleh Dean Adam

BINTANGOR, Mac 14: Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang di Ladang Sawit Zumida di sini sejak Ahad lepas masih belum dapat dikesan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Yosep Tesu sehingga kini masih gagal ditemui.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan memfokuskan mencari ‘mayat’ mangsa.

“Radius pencarian adalah sejauh 15 kilometer dengan mengunakan lima buah bot, manakala 5 kilometer menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke hulu parit yang bersambung sungai kecil.

“Teknik pencarian di permukaan air juga masih digunakan di kawasan tebingan sungai,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 6.10 petang kerana cuaca sudah gelap. — DayakDaily