Lelaki ditemui mati di Kuching, dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan

PDRM logo

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di sebuah bangunan di sini hari ini.

Menurut sumber, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta tingkat atas bangunan berkenaan kira-kira jam 1 petang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily