Lelaki ditemui mati dalam kotak transformer elektrik di Muara Tebas

Pasukan Bomba membantu mengalihkan mayat mangsa.
Advertisement

KUCHING, 7 Mei: Seorang lelaki ditemui mati di dalam kotak transformer elektrik di tepi jalan Kampung Muara Tebas malam tadi (Khamis).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat tersebut ditemui oleh orang awam yang kemudian terus melaporkannya pada jam 10.54 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya terus ke lokasi kejadian.

Advertisement

Menurut komander operasi, mayat mangsa kemudian berjaya dialihkan selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak Sarawak Energy Berhad.

Seterusnya mayat mangsa yang belum diketahui identitinya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily

Advertisement