Lelaki ditangkap buka kaunter tambah nilai judi dalam talian di rumah

Suspek semasa diperiksa anggota polis.

BAU, 14 April: Seorang lelaki bertindak berani dengan membuka kaunter tambah nilai judi dalam talian di hadapan rumahnya di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata suspek, 23 tahun, ditangkap sepasukan anggotanya yang membuat serbuan sekitar jam 4.30 petang hasil daripada risikan dan maklumat orang awam.

Katanya, semasa diperiksa polis, disyaki suspek terlibat kegiatan judi dalam talian.

Suspek kemudian ditangkap dan satu unit ‘tablet’ bersama kad sim dan sejumlah wang tunai dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily