Lelaki ditangkap bersama dadah ecstacy bernilai RM24,500 di Kuching

Dadah jenis ecstacy yang dijumpai semasa pemeriksaan ke atas suspek.

KUCHING, 18 Jun: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kuching menangkap seorang lelaki disyaki pengedar dadah dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berusia 35 tahun itu ditangkap apabila didapati memiliki 1.5 kilogram serbuk ecstacy bernilai RM24,500.

Jelasnya, suspek mulanya ditahan untuk pemeriksaan ketika memandu sebuah kereta di tempat letak kereta di sebuah kondominium di sini sekitar jam petang (Khamis).


Menurutnya, hasil pemeriksaan telah menemui pil ecstacy tersebut bersama dengan wang tunai berjumlah RM1,116.

Pasukan operasi diketuai Inspt Bakery Mering itu turut merampas kereta jenis Toyota Corona dipercayai milik suspek untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksysn 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — DayakDaily