Lelaki ditahan kerana membawa dua butir peluru dalam beg bagasi

Kelihatan dua butir peluru berserta tiket penerbang suspek ke Lawas dari Miri dan yang dirampas dan kad pengenalan suspek.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 19 Nov: Tindakan seorang lelaki menyimpan dua butir peluru pemberian kawannya sebagai tanda kenangan membawa padah apabila ditahan pihak polis bantuan Malaysia Airports Berhad (MAB), awal pagi ini.

Lelaki warga tempatan berusia 38 tahun berasal dari Kampung Lubok Beto, Lawas itu ditahan kira-kira jam 6.30 pagi oleh polis bantuan Lapangan Terbang Miri selepas mengesan objek mencurigakan dalam beg bagasi suspek yang dibawanya ketika imbasan X-ray dilakukan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, berkata hasil pemeriksaan lanjut menemui dua butir peluru jenis ‘Eleanor 12’ warna hitam sepanjang dua inci dalam beg tersebut.

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan mendapati suspek mahu berlepas ke Lawas dari Miri kira-kira jam 6.10 pagi pada hari dia ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. — DayakDaily

Advertisement