Lelaki disyaki ejen loteri haram ditangkap di Jambusan, Bau

Barang rampasan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BAU, 26 Feb: Seorang lelaki disyaki ejen loteri haram ditangkap di sebuah rumah di Pekan Jambusan Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek, 37 tahun dari Kampung Skiat Baru, Bau ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, tangkapan dibuat selepas Polis menemui beberapa keping kertas tertulis angka-angka disyaki loteri haram serta sejumlah wang tunai.


Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bau dan kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily