Lelaki disyaki ejen judi ditangkap di Pasar Bau

Anggota polis melakukan siasatan di lokasi serbuan.

BAU,8 Feb: Seorang lelaki berusia 28 tahun disyaki ejen judi dalam talian ditangkap polis di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek ditahan di sebuah premis makanan di Pasar Bau oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya polis turut merampas seunit telefon pintar berserta kad sim daripada suspek.

Suspek kemudian ditahan di IPD Bau untuk siaasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily