75 kanak-kanak dan ibu bapa sertai lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Sri Aman

Gambar menunjukkan sekitar program tersebut.

SRI AMAN, 8 Feb: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak di Sri Aman hari ini menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Kemas Bomba dan Tadika Kemas Taman Sentosa.

Jurucakap Bomba berkata seramai 40 kanak-kanak dan 35 kakitangan serta ibu bapa menyertai lawatan tersebut ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

Katanya pelbagai aktiviti diadakan dalam dalam lawatan dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu.


Antara aktivitinya ialah ceramah pencegahan dan keselamatan kebakaran, demonstrasi tatacara penggunaan alat pemadam api dan memadam api dapur.

Kanak-kanak juga dihiburkan dengan pertandingan mewarna, pameran jentera serta peralatan kebombaan dan turut berpeluang menaiki jentera Bomba.

Anggota BBP Sri Aman amat mengalu-alukan kedatangan peserta lawatan dan mengharapkan lebih banyak program seumpama itu diadakan.

Ia bukan sahaja dapat memberikan pendedahan berkenaan bahaya api tetapi juga dapat menambah pengetahuan peserta mengenai tugas dan tanggungjawab Bomba. — DayakDaily