Lelaki disambar buaya di Sungai Meranek

Anggota Bomba menggerakkan aset untuk Operasi SAR

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 12 Jan: Seorang lelaki,28, hilang ketika menarik pukat di Sungai Meranek, Samarahan dipercayai disambar buaya awal pagi ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa Azyan Azhar bersama bapanya Azhar Razali telah pergi ke sungai tersebut sekitar
jam 4.15 pagi.

Sejurus kejadian, bapanya kembali ke rumah di Kampung Meranek untuk memaklumkan kepada ahli keluarga dan membuat laporan.

Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan yang menerima laporan pada jam 6.45 pagi telah ke lokasi kejadian dan operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan.


Operasi pencarian turut disertai penduduk kampung. – DayakDaily