This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 24 Jun: Seorang lelaki ditemukan mati selepas dipercayai terjun dari Jambatan Darul Hana di Waterfront Kuching awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.35 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi.
“Mangsa dilaporkan telah terjun ke dalam sungai dari atas jambatan tersebut dan tiada menunjukkan penampakan mangsa timbul semula.
“Pada jam 2.34 pagi, terdapat satu baju berwarna merah, cermin mata dan sepasang selipar ditemui di lokasi, dipercayai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Anggota operasi mula turun ke sungai untuk pencarian secara water surface searching.
“Komander operasi melaporkan mayat mangsa berjaya dijumpai dengan menggunakan grappling iron dan mayat tersebut terus di bawa ke tebing sungai.
“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi kerana tiada pengenalan diri dan tiada waris yang hadir di lokasi.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.58 pagi. — DayakDaily