Lelaki cemas, kereta dipandu terbakar

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran kereta.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 13: Seorang lelaki berdepan dengan detik mencemaskan apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Batu 9, Jalan Kuching-Serian malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa sempat keluar menyelamatkan diri.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.49 malam.

Sejurus itu katanya, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kereta itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kenderaan berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran kereta.

Jurucakap sama menambah, hasil makluman dari pemilik kereta, dia baru balik dari membaiki kebocoran tangki minyak kenderaan tersebut.

Namun ujarnya, semasa dalam perjalanan balik ke rumah tiba-tiba ada api keluar dari bahagian belakang kereta itu.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus kereta tersebut,” katanya. — DayakDaily

Advertisement