Lelaki cedera di pinggang, jatuh longkang sedalam 12 kaki di Gersik

Mangsa dibantu oleh pasukan Bomba.

KUCHING, 22 Sept: Seorang lelaki cedera di pinggang serta kaki selepas dikatakan terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 kaki di Jalan Gersik, Petra Jaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 8 pagi, hari ini.

Katanya, pihaknya segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

Mangsa berusia 29 tahun itu berjaya dibawa keluar dari longkang itu dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba. — DayakDaily