Oleh Chris Bishop
KUCHING, 26 April: Lebih 900 kes tertunggak bagi permohonan kewarganegaraan akan selesai menjelang Jun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jaminan tersebut diberikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.
“‘Selesai’ maksudnya permohonanan akan mendapat jawapan menjelang Jun ini.
“Jawapannya samada ‘lulus’ atau ‘gagal’,” kata Fatimah pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau di Petra Jaya hari ini.
Tambah beliau, beberapa isu di bawah Perkara 15A akan diperjelaskan oleh menteri nanti.
Ujar Fatimah, apabila kanak-kanak status kewarganegaraan belum dapat ditentukan, ia menjejaskan persekolahannya.
“Ia termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan juga masalah mendapatkan pekerjaan,” kata Fatimah. — DayakDaily