This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 20 Jun: Lebih 250 gerai menjual pelbagai jenis makanan akan disediakan di Kuching Food Fest 2023 bermula 28 Julai hingga 20 Ogos di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Tiga jenis gerai makanan yang disediakan ialah gerai premium, gerai single dan separuh gerai.
Bagi kategori premium ia menyediakan sebanyak 71 gerai, gerai single (40) manakala gerai separuh sebanyak 148.
Dalam pada itu pihak MBKS juga menyediakan tiga jenis gerai utama iaitu gerai berkembar, gerai minuman dan gerai fun fair.
Hari ini di Tingkat 4 Bangunan MBKS telah diadakan cabutan undi bagi pembida gerai.
Terdahulu, Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng mahukan festival diadakan dengan baik.
Beliau tidak mahu suasana `pasar malam’ untuk festival itu nanti.
Justeru, beliau berharap peniaga mempamerkan kreativiti mereka dalam persembahan dan persembahan makanan mereka. — DayakDaily