Lebih 2 juta belia dapat manfaat Program ePemula

Tengku Zafrul Abdul Aziz

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 9 April: Skim Transaksi Tanpa Tunai atau program e-Start diperkenalkan oleh kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun.

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran,” katanya dalam kenyataan.


Program ePemula kata Zafrul turut memberi manfaat kepada pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. ― DayakDaily