Latihan di Kementerian Pelancongan berjalan lancar, kata ADUN Pending

Yong bercakap kepada pemberita di Kuching hari ini (Sept 8, 2019).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Sept 8: Segalanya berjalan lancar buat ADUN Pending Violet Yong yang menjadi pelatih di beberapa ejensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ditemui pemberita di Majlis Penutupan Program Kem Aspirasi Pelajar di Kuching hari ini, beliau berkata program latihan itu telah menjadi pembuka mata.

Advertisement

“Semuanya berjalan dengan lancar setakat ini dan program menjadi pembuka mata kepada saya terutamanya pada tempat-tempat yang tidak pernah saya lawati.

“Menerusi latihan, mereka (pihak kementerian) telah berkongsi dengan saya tentang cabaran dan fasiliti yang mereka miliki,” katanya.

Yong ditawarkan menjalani program latihan di kementerian tersebut bermula April 26 lepas.

Di sepanjang tempoh latihan, tambah Violet, beliau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Biro Konvensyen Sarawak, Muzium Islam Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Sukan Sarawak, Kompleks Muzium baharu dan Majlis Kraftangan Sarawak.

“Hari ini saya akan ke Pulau Talang-Talang, Taman Negara Tanjong Datu dan Taman Hidupan Liar Matang.

“Seterusnya saya akan melawat ke Taman Negara Mulu dan Gua Niah di Miri pada Sept 21 dan 24,” katanya yang akan mengakhiri latihan di penghujung September ini.

Yong juga akan berkunjung ke pejabat menteri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Sept 10 ini untuk membincangkan lagi program dengan kementerian. — DayakDaily

Advertisement