Lapan ketua kaum Zon Gedong terima surat pelantikan semula

Naroden (dua dari kiri) menyerahkan surat pelantikan semula kepada salah seorang ketua kaum.

KUCHING, 26 April: Lapan orang ketua kaum (KK) di Zon Gedong dan Pangkor pada semalam telah menerima surat pelantikan semula.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), surat pelantikan semula itu telah diserahkan oleh Menteri Muda Perdagangan, Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana merangkap ADUN Gedong Datuk Mohd Naroden Majais.

Mereka yang menerima surat pelantikan semula tersebut adalah KK Kampung Ulu Gedong Busrah Ahmad, KK Kampung Tengah Hilir Manja@Adenan Chipet, KK Kampung Sungai Ba Sapiee Dawi, KK Kampung Benat Hilir Rangga Intebon, KK Kampung Sateman Iban Lubong Baba, KK Tanjong Tanglong Zet Hamid, KK Kampung Perintah/Masjid Ena Abang Usop dan KK Kampung Benat Ulu, Gubil Padat.

Pada acara yang sama, Naroden turut menyerahkan sijil pelantikan bagi jawatan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk Kampung Sungai Ba, Tanjong Tanglong, Lubok Punggor dan Lubuk Buntin.

Hadir sama Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap dan Penghulu Gedong Abang Roni Abang Saadeli. — DayakDaily