Lapan kawasan dikenakan PKPD di Bintulu, Kuching, Tatau dan Mukah

DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

KUCHING, 2 Ogos: Lapan kawasan di negeri ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kawasan yang dikenakan PKPD itu membabitkan masing-masing tiga kawasan di daerah Bintulu dan Kuching, manakala daerah Tatau dan Mukah masing-masing satu kawasan.

Di Kuching katanya, PKPD melibatkan Kampung Punau, Kampung Git dan Kampung Bubuk mulai 3 hingga 16 Ogos 2021.

Advertisement

“Manakala di Bintulu, PKPD melibatkan Shoplot 21,22 dan 23 Estet Industri Kemena, Rumah Sewa Leader Garage dan bilik sewa atas kedai kosong sebelah Velton Inn mulai 1 hingga 14 Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala di Tatau tambah JPBNS, PKPD dilaksanakan di Rh Belong anak Entalang, Nanga Serenggas Ulu Anap mulai 30 Julai hingga 12 Ogos 2021.

Di Mukah, PKPD dilaksanakan di Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn Sdn Bhd mulai 4 hingga 17 Ogos 2021.

JPBNS turut memaklumkan PKPD di Rh Keroh, Sg Sebatu, Ulu Mador Bintangor ditamatkan hari ini. — DayakDaily

Advertisement