Langgar SOP, 19 individu dikompaun di Kuching

Police officers inspecting an entertainment outlet to ensure compliance with SOPs.

KUCHING, 21 April: Seramai 19 individu dikenakan tidakan kompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Pemangku ketua Polis daerah kuching, Superitenden Merbin Lisa berkata, kesemua individu terbabit dikompaun dalam dua operasi pemantauan dan meriksaan ke atas pusat-pusat hiburan, lokasi kedai makan serta lokasi tumpuan ramai di sekitar kuching semalam.

Dua individu ditegur anggota Task Force pemantauan dan pemeriksaan SOP Covid-19 di tebingan Sungai Sarawak selepas didapti tidah mematuhi SOP ditetapkan.

“Bagi kes pertama, sembilan individu berumur antara 19 hingga 40 tahun telah dikenakan kompaun semasa berada di Tebingan Sungai Sarawak kerana tidak mematuhi SOP iaitu tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial di tempat awam.


“Kes kedua pula, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching yang sedang membuat pemantauan ke atas pusat-pusat hiburan di sekitar Kuching telah mengeluarkan notis kompaun kepada 10 lagi individu berumur antara 19 hingga 52 tahun selepas didapati masih berada di sebuah pusat hiburan yang didapati beroperasi melebihi masa yang ditetapkan untuk beroperasi iaitu sehingga jam 10.00 malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Merbin berkata, kesemua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut dan diterangkan dengan jelas kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Katanya, individu terlibat juga turut diingatkan untuk menjelaskan bayaran kompaun yang dikenakan keatas mereka dalam tempoh 14 hari di pejabat Kesihatan Daerah Kuching.

“Kita berharap agar masyarakat mengambil iktibar di atas penularan jangkitan Covid-19 bahawasanya penguatkuasaan undang-undang tidak memadai jika tiada kesedaran masyarakat tentang bahayanya wabak ini.

“Pihak penguatkuasa mahupun masyarakat atau individu perlu berganding bahu di dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan saya percaya ini boleh dilakukan dengan kerjasama dan tanggungjawab berterusan daripada semua pihak,” katanya. — DayakDaily