Laksana segera program yang telah dirancang

Laksana segera program yang telah dirancang
Advertisement

Oleh Kadir Edison

SEBUYAU, 7 Jan: Penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra rakyat (PMR) dinasihatkan untuk segera melaksanakan semua program atau projek yang dirancang oleh mereka.

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul karim berkata, ini kerana peruntukan itu disediakan berdasarkan pemohon yang dibuat oleh Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat.

Advertisement

Katanya, mereka yang terlibat tidak harus melengahkan perlaksanaan perancangan yang dibuat memandangkan akan ada peruntukkan lain yang akan disalurkan kemudian jika ada perancangan baharu.

“Sesiapa yang sudah dapat (Cek MRP,PMR) harapan saya bertindak. Kalau ia untuk membiayai program, buatlah program tersebut, adanya untuk bergotong royong bagi membuat jalan raya, buatlah secepat mungkin.

“Selepas cek tersebut diterima, cepat-cepat masukkan dalam akaun (JKKK,NGO), buat mesyuarat dan segera laksakan apa-apa program yang dirancang,” katanya pada ucapan di Majlis penyampaian cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra rakyat (PMR) parlimen batang Lupar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Rohani menyerahkan peruntukkan MRP dan PMR bernilai RM419,000 kepada 24 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau.

Rohani dalam pada itu juga turut meminta setiap penerima cek terbabit untuk memberikan laporan perlaksanan program atau projek yang mereka menggunakan peruntukkan terbabit untuk rekod Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Sarawak (SIMU) dan Pejabat Pembangunan negeri Sarawak (SDO).

“Mereka (SIMU & SDO) memerlukan kita melapor apa yang kita buat dengan cek tersebut seperti yang tertera disebutkan dan kalau dapat dihantarkan laporan setelah program-program itu siap dibuat.

“kita tidak perlu sehingga pegawai dari SIMU atau SDO meminta laporan tersebut sebaliknya kita buat ini sebagi rutin dan ini pastinya akan memudahkan semua pihak, inilah harapan saya kepada anda semua,” katanya.

Perkara tersebut katanya seharusnya dijadikan sebagai kebiasaan tanpa perlu menunggu pihgak terlibat meminta laporan terbabit daripada penerima peruntukkan MRP atau PMR tersebut. — DayakDaily

Advertisement