Kuching Festival bakal sekali lagi catat jumlah pengunjung lebih 1 juta

Festival yang berlangsung sejak 26 Julai lepas terus dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.
Advertisement

KUCHING, 14 Ogos: Jumlah pengunjung ke Kuching Festival Food Fair dijangka mencecah lebih 1 juta orang.

Dato Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata, berbaki 5 hari lagi, festival yang berlangsung sejak 26 Julai lepas terus dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat.

“Dengan jumlah pengunjung yang direkod sehingga semalam, kita yakin festival sekali lagi akan mencecah lebih 1 juta pengunjung.

Advertisement

“Berbaki lima hari lagi, festival terus meriah dan kita ada pengunjung yang terlibat di dalam Sukan Malaysia,” kata Wee.

Beliau berkata demikian pada sidang media ‘Martial Art Display’ yang bakal diadakan pada 17 Ogos ini.

Acara bakal menghimpunkan seramai 1,120 pengamal seni mempertahankan diri dari pelbagai displin.

Antaranya ialah wushu, taichi, silat, judo, silambam, tinju, kuntau, silat dan taekwando.

Pada sidang media yang sama turut diadakan cabutan bertuah bagi peserta Larian Datuk Bandar MBKS 2024. — DayakDaily

Advertisement