Kuarters pekerja Pan Borneo di Kem Galasah hangus dijilat api

Satu blok bangunan kuarters pekerja musnah dalam kejadian.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Mei 4: Seramai 30 pekerja binaan Kem Galasah, Jalan Pan Borneo di Jalan Miri-Bintulu tinggal sehelai sepinggang apabila api memusnah satu blok kediaman melibatkan 20 pintu pada malam Selasa.

Menurut Ketua Balai Batu Niah Rary Binjie, semasa kejadian kesemua penghuni telah berjaya keluar menyelamatkan diri.

Advertisement

Anggota Bomba dari Balai Batu Niah telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian pada 7.24 malam.

Operasi terkawal pada jam 8.10 malam.

Setibanya pihak Bomba di lokasi didapati benar berlaku kebakaran rumah pekerja melibatkan satu blok rumah pekerja dua tingkat , 20 pintu yang berkeluasan 23 X 160 telah terbakar 80 peratus, ujar Rary.

Rumah tersebut mempunyai sepuluh pintu atas dan sepuluh pintu bawah struktur bangunan adalah tidak kekal.

“Setelah size-up pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan satu aliran 200 kaki 2 nozel sumber air jentera dan air terbuka bagi mengawal dan memadam kebakaran tesebut sehingga selesai,” Rary berkata.

Sebelum pihak bomba tiba, penghuni rumah pekerja telah berusaha memadamkan kebakaran tersebut menggunkan 11 alat pemadam api jenis debu kering namun gagal kerana keadaan api yang semakin marak dan struktur binaan daripada plywood.

Kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederan dan kemalangan jiwa. — DayakDaily

Advertisement