KPN: Cadangan pembukaan rumah ibadat dalam Zon Hijau dibentangkan kepada MKN pada 19 Mei

Ornate church interior. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 16 MEI: Senarai rumah ibadat dalam Zon Hijau yang dicadangkan dibuka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 19 Mei 2020.

Pembentangan yang turut merangkumi prosedur operasi standard(SOP) rumah ibadat akan dilakukan Menteri Perpaduan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Kementerian Perpaduan Negara(KPN) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, seramai 12 ketua-ketua dan wakil-wakil badan agama telah mengadakan perbincangan atas talian bersama Halimah berhubung perkara tersebut.


Ketua-ketua dan wakil-wakil yang hadir adalah mewakili agama Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan Sikh.

Mesyuarat turut disertai oleh pegawai-pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Kesemua yang hadir secara amnya membincangkan cadangan SOP yang telah dibangunkan KPN bersama KKM dan akan mengemukakan maklum balas serta cadangan senarai rumah ibadat terpilih dalam Zon Hijau kepada pihak KPN pada 18 Mei ini.

Satu mesyuarat susulan juga adakan diadakan pada 18 Mei bagi memuktamadkan SOP ini yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPN.

Badan-badan agama yang menyertai mesyuarat ialah Christian Federation of Malaysia, Malaysia Gurdwara Association, Malaysian Buddhist Association, Young Buddhist Association of Malaysia, Federation of Taoist Association Malaysia, Malaysia Christian Youth Association of Malaysia.

Fo Guang Shan (Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia), National Evangelical Christian Fellowship Malaysia, Malaysia Hindu Sanggam, Buddhist Missionaries Malaysia Society dan Council of Churches of Malaysia.—DayakDaily