KPDNHEP: SHMMP Hari Raya dan Gawai mulai 20 Mei hingga 3 Jun

Senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk daging perut babi dan daging dan lemak babi yang disiarkan KPDNHEP.

KUCHING, 20 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak akan melaksanakan Skim Harga Maksimum MusimĀ  Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa dan Hari Gawai.

Menerusi kenyataan media hari ini, KPDNHEP memaklumkan bahawa tarikh kuatkuasa Skim ini bagi Hari Raya adalah daripada 20 Mei hingga 3 Jun 2020 iaitu selama 15 hari.

Manakala bagi Hari Gawai, SHMMP berkuatkuasa mulai 28 Mei hingga 3 Jun.


ā€œKPDNHEP telah mengenal pasti 9 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan SHMPP Hari Raya Puasa.

ā€œManakala sebanyak 11 jenis barangan telah ditetapkan bagi SHMPP Hari Gawai.

ā€œPenentuan harga di Sarawak melibatkan 32 kawasan yang dibahagikan kepada 5 zon utama dengan perbezaan harga ditentukan oleh faktor geografi, lojistik dan punca bekalan diperolehi bagi sesuatu kawasan,” menurut KPDNHEP.

Kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa penentuan harga barangan juga dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dengan turut mengambil kira faktor perubahan harga.

Ia khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga dari negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Senarai barangan harga terkawal bagi SHMMP Hari Raya ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A, B dan C, kelapa biji dan kelapa parut.

Bagi SHMMP Hari Gawai pula, barangan terkawal ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, kepak ayam, telur ayam gred A,B dan C, daging babi(perut), daging babi(daging dan lemak) dan babi hidup(pengeluar).

KPDNHEP mengingatkan peniaga di setiap peringkat supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah dan mengambil keuntungan yang berlebihan.

ā€œSekiranya didapati peniaga menaikkan harga yang tidak munasabah dan melebihi paras margin keuntungan, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 14, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

ā€œIndividu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

ā€œSyarikat atau Pertubuhan Perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000,ā€ menurut KPDNHEP.ā€”DayakDaily