KPDNHEP Sarawak keluarkan 71 kompaun dengan jumlah keseluruhan RM299,000

KPDNHEP inspecting prices of goods (File photo).

KUCHING, 6 Julai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak setakat semalam telah mengeluarkan sebanyak 71 kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Pengarahnya Dato Stanley Tan berkata, ia melibatkan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM299,000.

“Sebanyak 36,020 premis perniagaan pelbagai peringkat telah diperiksa di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan semalam.


KPDNHEP Sibu mencatat jumlah kes paling banyak dengan 22 kes, diikuti dengan Miri 15 kes.

KPDNHEP Negeri Sarawak (Ibupejabat) mencatatkan 12 kes, manakala Mukah 7 kes.

Menurut Stanley, semasa menjalankan pemeriksaan premis, pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mereka bertanggungjawab untuk memastikan premis perniagaan yang beroperasi mematuhi semua prosedur operasi standard(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang ditetapkan. — DayakDaily