KPDNHEP rangka Pelan Strategik 2021-2025 pastikan sektor perniagaan sumbang peningkatan positif KDNK

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Oleh Cornelius Kadir Edison

PUTRAJAYA, 18 Mac: Dua pelan strategik dilancar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) bagi memberikan tumpuan dalam memastikan sektor perdagangan pengedaran teurs menyumbang secara positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengwujudan ekosistem perniagaan yang menggalakkan pertumbuhan usahawan.

Menterinya Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, kedua pelan tersebut iatu Pelan Strategik KPDNHEP 2021-2025 dan Pelan Strategik ICT KPDNHEP 2021-2025 bertujuan meningkatkan keupayaan dan mutu perkhidmatan KPDNHEP dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi negara terutama dalam sektor perdagangan domestik serta pengedaran.


Pada masa sama turt membantu meningkatkan pendayaupayaan pengguna sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi.

“Negara kini berada di fasa ‘revitalise’ atau memperkasa yang mana Kementerian harus terus berperanan memastikan kesejahteraan rakyat serta membantu memacu ekonomi negara. Tugas tersebut pastinya mencabar dan memerlukan kita untuk terus memperhebatkan usaha sedia,” katanya ketika berucap semperna sambutan 365 hari beliau menerajui KPDNHEP di sini hari ini.

Beliau berkata Pelan Strategik KPDNHEP 2021-2025 yang dilancarkan itu pastinya akan menjadi tonggak kementerian terbabit dalam melaksanakan dasar dan program yang akan memberi manfaat kepada rakyat serta golongan peniaga.

Jelas beliau penghasilan Pelan Strategik tersebut telah mengambil kira dasar utama Kerajaan yang lain yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, MyDIGITAL, JENDELA serta lain-lain inisiatif lain yang berkaitan.

Alexender berkata selain mengekalkan inisiatif sedia ada, beberapa tambahan juga digaris dalam pelan terbabit yang dapat membantu rakyat dan peniagaan meneruskan kelansungan kedudukan ekonomi mereka.

“Antara inisiatif tersebut adalah dengan meneruskan perlaksanaan Kempen Beli barangan malaysia (KBBM )2020 dan menjadikan Tahun 2021 sebagai Tahun Advokasi Pengguna. Program Pembangunan Francais Mikro, Francais Mampu Milik dan Program Pembangunan Francais serta Program Farmer to Consumer dan Produk Segar Beku, iaitu inisiatif untuk produk segar beku dan produk .

“Pada masa sama KPDNHEP juga akan mengoptimumkan program subsidi di bawah kawal selia Kementerian bagi mengelakkan ketirisan pengagihan subsidi, memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar dan seterusnya mengurangkan kos transaksi dan menjimatkan wang awam serta memperkasakan fungsi Penguatkuasaan Kementerian dengan mengadakan kerjasama strategik besama Jabatan jabatan agensi kerajaan yang berkaitan.”

Ujar Alexender, kesemua inisiatif dalam pelan strategik lima tahun itu dirangka bagi mencapai empat Teras utama iatu ‘rakyat-centric’, nilai pemegang amanah, kemudahan menjalankan peniagaan dan peningkatan dalam nilai pengurusaan. — DayakDaily