KPDNHEP pertimbang tubuh Cawangan, Subcawangan jika ada keperluan atau pemohonan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi.
Advertisement

SERIAN, 12 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Penggguna (KPNHEP) akan untuk mewujudkan cawangan atau subcawangannya khususnya melibatkan kawasan di luar bandar Sarawak jika terdapat pemohonan atau keperluan di kawasan terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi berkata, ketika ini Sarawak memiliki kira lapan cawangan dan tiga subcawangannya di seluruh negeri tersebut.

Katanya, jumlah tersebut pada ketika ini adalah mencukupi bagi melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kepenggunaan di negeri itu.

Advertisement

“Cawangan-cawangan ini penting lebih-lebih lagi pada ketika kita berdepan dengan masalah Covid-19 ini dimana kita berkemungkinan berhadapan dengan situasi pembelian panik, kenaikan harga barangan secara tidak berpatutan disebabkan gangguan bekalan keperluan dan sebagainya.

“Oleh sebab itulah kita sentiasa mempertimbangkan untuk membuka banyak lagi cawangan untuk kita meletakan dan menghantar anggota penguatkuasa kita bagi membantu mengekang perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada rantaian bekalan barangan keperluan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pejabat Subcawangan KPDNHEP Serian di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, KPDNHEP tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan keperluan dan insiden pembelian panik di sarawak serta di seluruh negara.

Bagaimanapun beliau tidak menolak terdapat peniaga yang cuba menaikkan harga khususnya apabila tiba musim perayaan

“Dalam pembentangan belanjawan pada tahun lalu, kerajaan memperuntukan sebanyak RM150 juta bagi program penyeragaman harga untuk membantu dalam aspek logistik iaitu subsidi kepada penghantaran barangan ke pos-pos pengedaran bekalan.

Alexender berkata, tambahan peruntukkan sebanyak RM50 juta lagi diberikan untuk program tersebut dengan beberapa pertambahan kawasan baharu yang dimasukkan ke dalam program tersebut.

katanya, proses melantik kontraktor dan pembekal untuk program tersebut sedang dilakukan dan mereka yang berjaya akan diberikan tender untuk membekalkan barangan-barang terpilih ke pos-pos bekalan terlibat selama setahun.

” Ini semuanya adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat, kalau tidak ada program sebegini mereka yang tinggal dikawasan luar bandar atau pendalaman terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barangan keperluan mereka,” katanya. – DayakDaily

Advertisement