KPDNHEP Miri tumpaskan penyelewengan diesel di Riam

Anggota penguatkuasa KPDNHEP Miri menyita IBC yang ditemukan di stor pemyimpanan bahan api tersebut pagi tadi.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Okt: Cubaan menyeleweng 8,500 liter diesel bersubsidi gagal apabila stor simpanan bahan api itu diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia sekitar 30-an dipercayai penjaga stor tersebut.

Menurut Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil, ketika dihubungi, serbuan itu dilakukan pada jam 10 pagi Selasa.

“Premis itu tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untum menyimpan barang kawalan di lokasi terbabit,” ujarnya

Nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM34,275.00.

Turut disita 16 unit ‘intermediate bulk container’ (IBC) berkapasiti 1,000 liter dan seunit pam elektrik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) dan dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. — DayakDaily