KPDN menyerbu stor simpanan 13,000 liter minyak diesel bersubsidi di Kuching

Kelihatan stor tidak bernombor di Kuching yang diserbu kerana disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen.

KUCHING, 18 Jan: Sejumlah 13,000 liter minyak diesel bersubsidi serta peralatan dengan anggaran nilai RM30,000 dirampas di sebuah stor tidak bernombor berdekatan di Lorong Sabor di Kuching.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, ia hasil pemeriksaan di sebuah premis yang disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen atau permit.

“Serbuan pada jam 5.30 pagi tadi dijalankan hasil risikan dan siasatan yang telah dibuat oleh pegawai penguatkuasa KPDN Kuching sejak dua minggu lepas,” katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Matthew, seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki penjaga stor simpanan minyak diesel turut di tahan bagi siasatan lanjut.

Jelasnya, kes akan disiasat dibawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan. — DayakDaily