Koperasi disaran ubah modul peniagaan yang lebih mudah, menguntungkan

Wan Junaidi (tengah) sedang melihat tanaman hidroponik yang di usahakan oleh Angkasa di Bangunan Angkasa, Jalan Matang, Kuching,
Advertisement

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 27 Dis: Koperasi di seluruh negara disaran untuk mengubah modul peniagaan mereka daripada berasaskan pemberikan pekhidmatan kepada modul peniagaan lebih mudah namum memberikan pulangan lumayan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada ketika ini 89 peratus koperasi yang berdaftar di negara ini memberi fokus kepada peniagaan berbentuk pemberian perkhidmatan seperti pemberian kredit kepada ahlinya.

Advertisement

Katanya fokus peniagaan sebegini menyebakan kebanyakan koperasi mempunyai masalah untuk melakukan pusingan modal sekaligus menjejaskan jumlah keuntungan koperasi terbabit.

“Koperasi kebanyakkan jadi koperasi yang memberikan pinjaman atau kredit kepada ahlinya, jadi kalau sedikit ahlinya, tidak banyaklah yang akan meminjam dengan koperasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bangunan Angkasa di Jalan Matang di sini hari.

Katanya, modul peniagaan sebegitu perlu di tukar supaya pada masa hadapan koperasi yang terlibat dengan modul peniangaan berasaskan pinjaman berkurang dan koperasi yang terlibat dengan pengeluran, peruncitan, pembinaan terus meningkat.

Wan Junaidi (kanan) ketika melihat barangan yang dijual di kedai BA100.

Beliau berkata, sasaran lima lima peratus ditetapkan untuk dicapai pada penghujung tahun hadapan bagi koperasi terlibat dengan modul peniagaan berasaskan pengeluaran pertanian dan peruncitan.

“Ini adalah bahagian atau area peniagaan yang saya lihat lebih mudah untuk diceburi memandangkan ia tidak memerlukan pelaburan yang tinggi daripada pihak koperasi.

“Dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan saya yakin ini dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah Wan Junaidi, pada ketika ini sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak RM45 bilion setahun.

Katanya, dengan tranformasi koperasi yang dirancang untuk tempoh lima tahun akan datang ia diharap dapat menyumbang sebanyak RM65 bilion kepada KDNK menjelang 2025.

“Pada 2030 nanti kita berharap koperasi  oleh menyumbang RM100 bilion KDNK Malayisa. Jadi daripada sekarang yang dua hingga tiga peratus sumbangan kepada KDNK itu dapat ditingkatkan kepada 10 peratus atau lebih sememangnya sesuatu yang bagus untuk koperasi,” katanya. — DayakDaily

Advertisement