KUCHING, 22 Jun: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Senator Abun Sui Anyit menganggap konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) belum dilaksanakan di Sarawak.
“Saya ingin bertanya kepada Menteri Sarawak yang mengawal Jabatan Pendidikan di Sarawak, sama ada polisi SBJK ini sudah dimulakan di Sarawak?
“Jika ya, kenapa masih ramai kanak-kanak terutamanya bumiputera yang tiada dokumen di Sarawak tidak bersekolah, malah ditolak untuk terus bersekolah di Sarawak?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Abun, konsep SBJK di Semenanjung Malaysia adalah bagi memelihara pendidikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir. — DayakDaily
Advertisement