Oleh Marverick
KUCHING, Nov 5: Komuniti Bidayuh mesti bersatu dan mengundi semua ketiga-tiga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Parlimen Bidayuh pada 19 Nov nanti untuk menguatkan dan menyatupadukan komuniti tersebut, kata Temenggong Bidayuh untuk Bahagian Kuching, Temenggong Dato Austin Dimin.
Kata beliau, memandangkan komuniti Bidayuh ini kecil, maka memang patut kita mempunyai suara yang kuat di Parlimen sekuat suara ‘keluarga bersatu’.
“Pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) adalah sangat penting komuniti kita mengundi ketiga-tiga calon di kerusi majoriti Bidayuh yang mewakili GPS kerana itu akan menguatkan suara kita di Parlimen. Mewakili komuniti Bidayuh amat penting untuk menambah bilangan lapan wakil rakyat (ADUN) yang ada bersama GPS sekarang.
Jika semua wakil kita dari GPS, suara kita akan menjadi semakin kuat dan boleh bersatu sebagai keluarga Bidayuh,” kata Dimin kepada pemberita DayakDaily semalam.
Tambahnya lagi, itu akan memudahkan kerajaan membawa pembangunan ke kawasan Bidayuh jika semua wakil tersebut dari parti yang sama.
“Kita sekarang sedang merangka Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) dalam senarai permintaan supaya komuniti kita dibangunkan seperti komuniti lain, sama dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 apabila Sarawak dijangka mencapai status tersebut pada 2030,” kata Dimin.
Temenggong Bidayuh Bahagian Serian, Henry Sadok juga sependapat dengan Dimin dan menyarankan agar komuniti tersebut bersatu padu agar suara mereka boleh didengar di peringkat kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kita dapat melangkah maju sebagai komuniti jika ketiga-tiga wakil kita mewakili parti yang berbeza.
“Sekarang kita sudah ada lapan ADUN dari GPS, adalah hebat kalau ketiga-tiga Ahli Parlimen juga dari GPS. Suara kita di Parlimen akan dipandang serius jika kita teguh bersatu,” kata Henry.
Sementara itu, penyandang kerusi Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika dihubungi berkata, adalah sangat penting rakyat di Sarawak mengundi GPS kerana itu akan memberikan Sarawak suara yang lebih kuat di Parlimen.
“Sejak GPS ditubuhkan empat taun lalu, kita sudah mencapai banyak pencapaian yang hebat untuk Sarawak di bawah kepimpinan Premier kita Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan kita (GPS) tidak ada hubungan dengan mana-mana parti dari Semenanjung Malaysia. Maka, adalah sangat penting GPS mempunyai suara yang kuat dan bersatu padu di Parlimen agar kita boleh bersuara dengan lebih lantang di dalam Kerajaan,” kata Riot, yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Selain Riot, dua lagi calon GPS iaitu Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Lidang Disen (Mas Gading). — DayakDaily