Kluster Tangap-Pasai dikesan dikalangan Pekerja Kem Pembinaan di Subis, Miri

Sarawak Covid-19

MIRI, 17 Feb: Sebanyak 101 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan perkerja di sebuah kem pembinaan di daerah Subis, di sini.

Menurut laporan Unit Komunikasi awam Sarawak yang memetik kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri pada Selasa (16 Feb) kes positif tersebut yang merupakan dari Kluster Tangap-Pasai melibatkan pekerja di kem pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Niah, di daerah berkenaan.

katanya, kesemua 101 kes dilaporkan positif Covid-19 terbabit telah dimasukkan ke Hospital Umum Miri bagi mendapatrkan rawatan lanjut.


“Mereka (kes Positif) kini menjalani pemantauan dan rawatan tanpa sebarang komplikasi atau bergejala,” katanya.

jelas kenyataan itu, seramai 254 penghuni kem pembinaan terbabit yang merangkumi pekerja serta ahlli keluarga mereka telah diuji negatif menerusi ujian calitan pertama RT-PCR Covid-19 .

Bagaimanapun, kesemua mereka yang terlibat telah dibawa seterusnya ditempatkan di pusat kuarantin bagi menjalani perintah kuartantin selama 14 hari. -DayakDaily